Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai SISC+, Pegawai bahasa, guru kanan mata pelajaran bahasa, ketua panitia BM, dan guru-guru yang berminat untuk menganjurkan kursus tatabahasa dan pedagogi BM di negeri atau di daerah masing-masing, sila hubungi pihak ES Tutorial (Datin Theeba Vengetesamy 017-6369400) untuk tempahan program sesi 2019.
Kursus ini diberikan secara PERCUMA. Segala kos termasuk makan minum akan ditanggung oleh pihak ES Tutorial. Kami akan berjerayawara ke seluruh negara. Antara topik yang akan dikupas termasuklah isu-isu terkini dalam tatabahasa BM yang pasti akan menggemparkan hadirin! Cubalah bertanya kepada mereka yang pernah menyertainya pada tahun ini. Pasti betul!
Kami juga akan berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran tatabahasa di samping bentuk soalan tatabahasa dalam UPSR, PT3 dan SPM yang terkini. Diulang, bengkel ini diadakan secara percuma!
Peluang yang hebat tidak selalunya menjelma!
Ayuh, hubungi Datin Theeba untuk pertanyaan dan info lanjut. Barisan penceramah kami terdiri daripada mereka yang telah terbukti kepakarannya dan sangat dikenali dalam bidang ini.
Azhar Salleh (Munsyi Dewan DBP)
Dato Eswaran(Munsyi Dewan DBP)
Mat Ariffin Ismail(Jurulatih Kebangsaan)
BAHASA JIWA BANGSA